Saman PDRM Sabah Hassnar_Ebrahim

Beliau menyaman Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Noor Rashid Ibrahim dan berpuluh anggota polis yang lain atas tindakan merampas tanah di Latangon, Kinabatangan. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 9 Januari 2009.Saman itu terhadap Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir dan 49 yang lain kerana telah mendatangkan kerugian dan menyalahguna kuasa polis sehingga memudaratkan perniagaannya. Dependan lain ialah Datuk Noor Rashid Ibrahim dan C/I Sahak B Ismail ;C/I Othman Baharum;C/I Salam B Aiyob;Insp Helmy B Hussein;Insp. Syamsuri B Hamat ; Sargent Ismail .Polis telah menangkap 16 pekerja ladang bergerannya dengan tuduhan palsu .Ladang kelapa sawit dan dusun buah-buahnya terletak di Sandakan, Labuk, Sugut dan Kinabatangan.

Kini Hassnar Ebrahim adalah Ketua Cabang PKR Batu Sapi. Beliau menang dengan majoriti 30 undi.Hampir 2/3 ahli jawatankuasa cabang bertindak meletak jawatan setelah tidak lagi percaya pada kepimpinan ketua cabang sebelumnya,Nahalan Damsal.Hassnar sendiri dituduh bertindak terhadap bendahari cabang PKR tersebut,Toh Hin Khiong.